Percubaan Aplikasi Permainan Matematik Portal Maxis eKelas
28 April 2018 | Aktiviti TerkiniPada 27 April yang lalu, Maxis dengan kerjasama dari pelajar Maxis eKelas PI PPR Kg Muhibbah telah melaksanakan Percubaan Aplikasi Permainan Matematik Portal Maxis eKelas. Program telah dijalankan pada pukul 4.00 sehingga 5.00 petang. Aplikasi permainan ini masih lagi diperingkat percubaan dan penambahbaikan sebagai salah satu medium untuk menarik minat pelajar untuk belajar di dalam Portal Maxis eKelas.
Bermula pada hujung tahun 2017, Maxis eKelas telah memperkenalkan Portal Maxis eKelas sebagai salah satu medium untuk mengulangkaji pelajaran dan membantu para pelajar Tingkatan 1, 2 dan 3 untuk belajar dengan cara digital disamping tutotial secara langsung bersama guru-guru pada setiap hari Jumaat dan Sabtu.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: